Resepi Biskut Persahabatan
Bahan- bahannya :-
1 sudu besar senyuman
1/2 kg senda gurau
1 gelas sayang menyayangi
1 pinggan hormat-menghormati
1 cubit faham memahami
Banyakkan kejujuran dan keikhlasan
Cara-caranya:
Mula-mula buangkan segala sifat hasad dengki yang
ada pada diri anda dan bentukkan suasana harmoni.
Masukkan ukiran senyuman ini antara satu sama lain .
Perlu diingat bahawa senyuman adalah amat penting untuk
mewujudkan perasaan kasih-mengasihi antara satu sama lain.
Kemudian masukkan bersama-sama senyuman itu senda gurau
dan kacau sehingga wujudnya kemesraan . Tambahkan pula
kasih sayang menyayangi sehingga sebati dalam jiwa .
Untuk menambahkan perasa persahabatan itu sesedapnya ,
tambahkan dahulu faham memahami secukup rasa disertai
dengan kejujuran dan keikhlasan.
Akhir sekali , hidangkan resepi ini untuk membuka selera
persahabatan anda dan sekaligus persahabatan itu dapat
restu dari-Nya .
Sharing group
Thursday, 23 April 2015
Resepi persahabatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rindu...
Sesekali terhidu bau seaakan aku rindu dengan bau itu ... Aku cuba untuk dekati namun ia hilang.. Bau itu ialah bau badan arwah mek (ibu) ak...
-
Hai korang ... Buat apa tu .. Cikyah tengah mabuk blog ni maklumlah baru pandai nak edit edit blog ni .. Masih lagi belajar sebenarnya ni...
-
Assalamualaikum SELAMAT petang semua kenalan Semalam cikyah ada masak ikan kari Masak mudah mudah ja Yang pasti semua boleh buat ni ciky...
-
MASALAH GASTRIK?? SERAM SAKIT SEMUA ADA.. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut da...
No comments:
Post a Comment