Tuesday 26 May 2015

Ada apa dengan cinch shake shaklee

Selamat petang..
Semua sihat kn?.

Lama dah tak menulis diblog .
Rasa dah banyak habut yang perlu disapu.
Kikiki.

Sebelum tu kita tengok ada apa dengan cinch shake yang banyak permintaan dikalagan mereka yang ingin kurangkan berat badan..

Jom sebelum saya pergi lebih jauh..

Apa yang kita akan dapat dalam 1 hidanganCinch Shake Shaklee?


��Indeks glisemik rendah - 22, sesuai untuk pengidap kencing manis

��Diperkasa dengan leucin untuk memelihara otot semasa menurunkan berat badan.

��Lengkap dengan 24 jenis vitamindan mineral

��Tinggi protein (24g setiap hidangan) memberikan anda rasa puas dan kenyang.

��Tinggi serat (6g setiap hidangan)Sumber soya bebas GMO

��Tiada perasa, pewarna atau pemanis tiruan.Rasa yang sangat enak, memberikan kepuasan semasa menurunkan berat,

��Datang dengan 3 perisa yang sedap, lazat seperticoklat, cafe latte dan vanila.

Jadi untuk mereka yang berminat boleh pm saya terus

Konsultasi percuma Dari saya..

Asiah
01112916437


Friday 22 May 2015

Jumaat penghulu segala hari

Sangat menarik kisah "memberi" dibawah....
Salam semua....
Perkongsian Secebis Kisah....
Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.
Di celah-celah waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut.
Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir.
Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.
Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.
Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:
"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”
Guru yang alim dan bijak itu menjawab:
"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"
Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.
Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..
Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.
Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun ada beberapa keping dalamnya!!
Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!
Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.
Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..
Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!
Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)
“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.
Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.
Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".
Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.
Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.
Guru yang bijak terus bersuara:
“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”
Pemuda itu segera menjawab,
“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:
“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.
Gurunya  melanjutkan:
"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:
• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, adalah suatu pemberian.
• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.
• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.
• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.
*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja. Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!
Semoga bermanfa'at.


Kata motivasi prof muhaya

Salam jumaat semua ..

Sapa yang tak kenal prof muhaya pakar mata Dan pakar motivasi .
Dan setiap kata-kata yang dilemparkan menjadi motivasi untuk saya...

Saya suka membaca Dan melihat beliau memberi motivasi kepada semua

Kata-kata motivasi Prof. Dr Muhaya.


kita tak boleh dapat kerja yang lebih baik dengan mudah tetapi jika kita bekerja dgn lebih baik, insyaAllah kerja yang lebih baik akan datang.




 kita akan dilayan sebagaimana kita melayan orang lain . jika negatif kita dapat itu feedback. perbetulkan diri kita dan berhenti menyalahkan dan cari kesalahan orang...

 Carilah kebahagiaan kita dgn memberi kebahagiaan pada orang lain...


 hidup ini adalah DIY... "Do It Yourself...!!!"



 org yg selalu kata tak de masa sebenarnya adalah org yg tidak tahu menguruskan masa...



 siapa pandang dunia, akhirat dia takkan nampak... tp siapa yg kejar akhirat, dunia akan kejar dia...



Hanya orang yang bahagia dapat membahagiakan orang lain.. hanya orang yang menyayangi dirinya sendiri, dapat menyayangi orang lain...



 Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman



 Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini



 Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya



 Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu



 Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah



 Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam 
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiring dengan riak



 Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan

 Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera



Bila kita tahu tujuan hidup kita mencari redha Allah maka kita akan bebas dari penghargaan manusia dan ini hidup yang paling tenang.



 Hentikan fokus pada perkara remeh seperti apa orang kata dan berita mengenai orang lain, sebaliknya fokus pada pembaikan diri dan keluarga sendiri.



Apabila kita hilangkan segala kemarahan, dendam benci hidup akan menjadi Indah. Jom lihat diri dan tulis apa emosi kita sekarang.'



Lihat umur kita ini penuh kebaikan atau kejahatan. Jom jaga, jangan lalai dengan pujian manusia.'



Jika dicuba dgn kesusahan, senang ingat Allah tapi jika di uji dengan kesenangan, ramai dari kita gagal. Jom audit. Jangan kita letih di dunia dan terseksa di akhirat.'



Ibadah sebenarnya suatu kesyukuran bukan suatu beban- Jom audit diri kita.'


Antara kata-kata motivasi yang sempat saya Google ..
Saya jadikan sebagai tatapan untuk saya..

Semoga ia bermanfaat untuk semua..


Sunday 17 May 2015

Selamat pagi

Selamat pagi semua
Dah sarapan ke?

Kegagalan bersarapan di awal pagi adalah salah satu punca kegagalan mengawal berat badan!

Jangan tinggal sarapan ya.


Saturday 16 May 2015

Saya ingin bahagia

Seorang penjual besi buruk bertanya kepada seorang Ustaz..

"Ustaz..! Kenapa ya..! Saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-begini..! Terus hambar, tak ada arahnya, tak ada nikmatnya..! Bosan saya Ustaz..! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah ya?"

Ustaz pun menjawab :

"Oohh..! Mungkin masa ini Allah juga lagi bosan dengan tuan."

"Allah bosan dengan saya? Maksudnya macamana Ustaz?" Tanya si tukang besi kembali..

Ustaz menjelaskan :

"Mungkin Allah penat cari tuan tapi tak pernah jumpa pun. Dicari di antara ahli dhuha, tuan tak ada. Dicari di antara ahli tahajjud juga tak ada.

Dicari di antara ahli puasa sunat juga tak ada. Dicari di antara ahli sedekah, juga tak kelihatan.

Dicari di antara ahli Qur'an, tuan juga tak ada di sana. Dicari di antara ahli umrah, niat pun tuan belum buat.

Dicari di antara orang-orang yang khusyuk solatnya, tuan juga tak ada. Dicari di antara ahli selawat pun tak ada. Dicari di antara yang menuntut ilmu apa lagi.

Lalu Allah swt mau cari tuan di mana lagi..? Cuba tuan bagitau..! Cakaplah jangan terdiam pulak..!"

Lalu..! Menangislah si tukang besi tadi sambil mengusap airmatanya, dia beristighfar.

Segeralah kembali kepada Allah..! Dekatliah Allah. Hanya Allah sajalah ZAT yang boleh mententeramkan hidup kita.

PASTIKAN NAMA ANDA
SENTIASA DALAM SENARAI

M A S A
A N D A  M A S I H  A D A

J A G A L A H
M A S A  L A P A N G  A N D A


::SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN DAN DIKEKALKAN SERTA DIKAYAKAN DGN IMAN & TAQWA
AAMIIN YA ROBB

C&P group wassap


Tuesday 12 May 2015

Tip tidur

Tidur adalah perkara yang harus dan perlukan masa yang cukup untuk mengelakan ganguan pada keesokkan hari
Saya nak bagi tip kesihatan apabila hendak tidur

❌Elakkan tidur dalam keadaan lampu terpasang atau menyala

✔kerana anda mungkin berisiko mendapat penyakit leukimia dan kanser..

Seperti biasa dengan prinsip cegah sebelum parah .
Jadi tak salah jika mencegah dahulu.

OK
Salam tidur Lena.
Selamat malam


Friday 8 May 2015

Promo YES pack vivix yang marbelesss

Vivix yang Ohsemm.

Selamat pagi Dan salam jumaat yang barakah..

Pagi ni nak share promo untuk bulan mei yang meletop .kenapa meletop meh kita tengok.

Bermula bulan MEI sehingga OKTOBER dengan pembelian 2 botol vivix anda akan dapat

>FREE ahli
>FREE vitalea
>FREE pos
>Cash Back RM36
>LESS 5%

Untuk mereka yang sudah merasa vivix boleh dapat penjimatan bulan ini dengan membuat pembelian 2 botol.

Dah mereka yang susah nak telan pil saya cadangkan anda patut Cuba vivix Shaklee.

Sebelum itu jom kita kelebihan  vivix untuk semua..

Vivix untuk kencing manis:

 Resveratrol di dalam Vivix membantu menghalang rintangan insulin yang membuatkan badan menjadi kurang sensitif pada kesan hormon yang berfungsi mengurangkan gula dalam darah ini iaitu insulin. Rintangan insulin merupakan penyebab kepada kencing manis.

Vivix untuk stroke

Resveratrol di dalam vivix membantu mengurangkan inflamasi, mengelakkan pengoksidaan kolestrol jahat dan menjadikan ianya sukar untuk platlet untuk bercantum dan membentuk darah beku yang menyebabkan penyakit jantung.

Vivix untuk menurunkan darah tinggi

Resveratrol dalam vivix juga membantu menyelesaikan tekanan darah tinggi (hypertension) melalui beberapa mekanisme.

Ia menurunkan keradangan sel ke dalam dinding pembuluh darah dan menaikkan kemampuan pembuluh darah tersebut untuk bertindakbalas dengan perubahan dalam tekanan darah.

Tambahan lagi, resveratrol sudah dikenalpasti baru-baru ini untuk menurunkan ketegangan pembuluh darah dan otot jantung yang menyebabkan  hypertension berlaku.

Resveratrol juga bertindak didalam sel otak untuk menaikkan tekanan darah yang disebabkan oleh faktor pemakanan atau hormon.

Vivix untuk menyokong kesihatan sendi (atau arthritis)

Resveratrol di dalam Vivix shaklee mampu mengubah protein catabolism dan fungsi sendi, dan menghalang stress pengoksidaan dan pembentukan sel mati sendi dan tulang. Secara asasnya,Resveratrol menjaga kekuatan dan ketahanan sendi.

Vivix untuk menjadikan anda 25 tahun lebih muda

Kajian mendapati bahawa Resveratrol mampu mengaktifkan DNA SIRT1 iaitu mekanisma biologi yang mampu memelihara badan daripada kesan bahaya dan penyakit2 usia.

Vivix untuk kanser

Resveratrol menghadkan penyebaran sel kanser dan membentuk proses pembunuhan sel kanser (dipanggil sebagai apoptosis).

Apoptosis, (Berdasarkan laporan pada 26 Julai 2008) merupakan komponen yang mampu melindungi sel daripadadeoxycholate’, iaitu merupakan sejenis garam yang menyebabkan kerosakan sel dan menyebabkan penyakit.

Resveratrol dalam Vivix mampu mengelakkan daripda pembentukan sel mati dan agen pemusnahdeoxycholate’ .Resveratrol mampu membetulkan semula selular yang sudah rosak yang menjadi penyebab kanser.

Vivix untuk menghilangkan resdung

Kajian makmal mendapati bahawa  resveratrol dalm vivix mampu menjadi pilihan pemulihan yang melibatkan steroid untuk merawat simptom, perubatan antimicrobial yang kadang-kadang pembedahan pun tidak boleh lakukan untuk menghilangkan sinus atau resdung.


Vivix Memudahkan perokok berhenti merokok

Vivix membuatkan rasa rokok jadi tidak sedap seperti hempedu.


Macam mana dengan kehebatan sirap vivix.best kan???

Dan mesti anda tertanya apa itu Resveratrol yang fungsi utama dalam vivix
Rahsia di dalam kehebatan vivix ni terletak pada bahan yang dipanggilResveratroliaitu sejenis bahagian tumbuhan yang dipanggil  polyphenols.

Komponen ini mempunyai bahan antioksidan yang sangat tinggi yang mampu memelihara badan daripada kerosakan DNA yang boleh menyebabkan risiko seperti kanser dan penyakit jantung.

Resveratrol dijumpai di dalam kulit anggur , kacang dan beri. Tapi yang istimewanya vivix ni Resveratrol di ambil dari 4 bahan yang sukar dijumpai di dunia iaitu:

   1) Anggur muscadine

   2) Polygonum cuspidatum

   3) Lobak ungu

   4) European elderberries


Jadi apa tunggu lagi dapatkan suppliment terbaik untuk anda Dan orang tersayang.
Kita ikhtiar semuanya dengan izin darinya.

InshaAllah.

Untuk sebarang pertayaan boleh hubungi saya terus.

Asiah
01112916437
Sid 1113065
Cod Gua musang Kelantan
Pos 1 Malaysia.








Rindu...

Sesekali terhidu bau seaakan aku rindu dengan bau itu ... Aku cuba untuk dekati namun ia hilang.. Bau itu ialah bau badan arwah mek (ibu) ak...