Tuesday 26 January 2016

~kita akan terus berada disini lirik

Lirik nasyid "Saufa Nabqa Huna" (Kita akan terus berada di sini) yang indah:

"Kita akan terus berada di sini
Hingga hilang penderitaan
Kita akan terus hidup di sini
Hingga muncul irama indah kehidupan
Negeri ku….negeri ku… negeri ku yang hebat
Negeri ku …negeri ku…negeri ku adalah aku
Biar pun wujud konspirasi & permusuhan
Kita terus berjuang menyebar kebaikan
Dan terus membangkitkan semangat juang
Untuk menuju ketinggian & meraih kemuliaan
Kita semua mesti bangkit …
Dengan ubat & pena
Kita semua prihatin pada mereka yang menderita
Justeru kita meneruskan perjalanan
menuju tujuan yang lebih besar
Sehingga kita benar-benar
menjadi ummat terbaik di dunia
Kita akan terus berada di sini
Hingga hilang penderitaan
Kita akan terus hidup di sini
Hingga muncul irama indah kehidupan
Berapa lama kita selalu berjaga malam
Tanpa tidur sampai pagi
Berapa banyak rintangan telah kita hadapi
Dan berapa banyak lembaran telah kita hafal
Berapa banyak lembah telah kita seberangi
Dan betapa banyak peluh yang bercucuran
Demi memburu kemuliaan & mencari ketinggian
Kita habiskan waktu yang sangat panjang
menuntut ilmu pelbagai bangsa
Kita korbankan semua yang berharga
agar dapat mewujudkan cita-cita
Bila rasa jemu datang kita tidak pedulikan
Dan terus berjalan mewujudkan harapan
Untuk mencapai puncak gunung memang mahal harganya
Kita akan terus berada di sini
Hingga hilang penderitaan
Kita akan terus hidup di sini
Hingga muncul irama indah kehidupan
Kemuliaan mu wahai ibu bapa ku telah mengajar ku erti kehidupan
Semua masalah yang dihadapi, telah meninggalkan rasa prihatin
Sesungguhnya setiap apa yang telah kami perolehi, ia adalah daripada mereka yang mulia
Ibu bapa ku yang telah membantu ku dengan sebaik-baiknya ketika aku menghadapi ujian
Kamulah yang mana mempunyai syurga di bawah tapak kaki
Setiap pertuturan lidahku, setiap terima kasih telah digadaikan
Kumpullah kesemua maksud daripada perkataan Arab & bangsa lain tidak akan berhenti ucapan terima kasih pada mu, dan tidak boleh diingkari
Kita akan terus berada di sini
Hingga hilang penderitaan
Kita akan terus hidup di sini
Hingga muncul irama indah kehidupan
Inilah kegembiraan keluarga ku
Tidak sama tidak boleh dikira
Ketika melihat keadaan ini (syahid)
Mereka tersenyum, mereka kegembiraan
Kegembiraan ku & jeritan ku
Seolah-olah yang pekak juga boleh mendengar
Wahai bintang-bintang langit
Wahai angin yang sepoi sepoi
Wahai awan-awan harapan
Wahai merpati Masjidil Haram
Wahai petir-petir musim dingin
Wahai seluruh manusia bersaksilah pada hari ini bahawa aku bersumpah setia
Kita akan terus berada di sini
Hingga hilang penderitaan
Kita akan terus hidup di sini
Hingga muncul irama indah kehidupan"


Thursday 21 January 2016

Solat taubat

Solat taubat Kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.Tanak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima.

Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.

Bersihkan diri. Amek wudhu.

Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).

Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat..

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]

Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.

Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)

Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x

Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s.

"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”

Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.

Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama..

Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.

Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..

AstaghfiruLLaHhal'adziim /
AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.

Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah...

Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a.. Bila berdo'a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..
Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu..

Menangislah.. Merayulah.. Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?

Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pon boleh.
Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan;
Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar

Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.

Imam al-Ghazali ada cakap; tanda hati kita sudah mula hitam,

[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah. 
[2] hilang kemanisan beribadah
[3] hati tak makan nasihat

‪#‎CopyPaste‬
‪#‎BercintaSelepasNikah


Pagi cinta hati

Assalamualaikum
Dan selamat pagi semua SAHABAT..
.
.


Teruskan senyum dan senyum walau semalam penuh dengan duka..


Saturday 16 January 2016

Travel teluk kemang ๐Ÿ’œ melaka =my friend=

๐Ÿ’œcik gee ๐Ÿ’œhamisah ๐Ÿ’œcheta๐Ÿ’œ
K je
Hanisah , cheta ,wada,k.je, cik gee
Che ta ,k je ,wada,cik gee ,hanisah

Assalamualaikum dan selamat pagi ..

Semua mesti dah tidur kan ?
Ceq pulak Terjaga dari tidur disebabkan mimpi².
Orang kata kalau kita mimpi kan seseorang kita rindu kat 'Dia' betul tak.?.


Kalau betul memang agak betul sikit
Dan saya berharap orang yang saya rindu itu di lindungi  Allah SWT inshaAllah..

Dalam gambar diatas mereka adalah kawan saya.
kami ambil ketika Kali pertama nya percutian yang kami rancang alhamdulillah menjadi walaupun banyak kisah disebalik nya..



Banyak kenangan manis dan pahit apabila kami bersama selama .?
Dan bab kata kawan saya "percutian ini untuk kami kenali lebih dekat lagi  siapa SAHABAT kita".


Alhamdulillah percutian kami agak menarik
Suka bab main air kami bermain ibarat tiada hari esok
Ibarat kanak_kanak yang tiada masalah  sangat sangat enjoy.

Dan yang tak menarik
Macam tak ada
Ehh adalah
Bab menunggu kikikikikik.
Bab menunggu
Hanya kami_kami yang tahu dan akan simpan selagi yang boleh ..

Kan menunggu satu penyiksaan
Itulah yaang tak best .

Memang banyak kenangan kami bersama .
Nak ditulis memang tidak akan cukup .

Jadi biarlah ia tersemat di ingatan saya
Dan inshaAllah selagi saya bernyawa saya akan hargai kalian semua ..
Berpisah tiada ..

Dan
Untuk anda diluar sana
Sayangilah SAHABAT anda
Mungkin bagi anda SAHABAT bukan sapa_sapa

Tapi bagi saya SAHABAT adalah segalanya
Dan dalam ramai_ramai SAHABAT mungkin ada 1 yang kita selesa
Kita akan kongsikan segala dengan nya..

Dan pilih lah SAHABAT ibarat cermin
Yang selalu ada masa kita sedih gembira dan sebagai nya .

Andai kata anda sudah memiliki SAHABAT yang betul_betul memahami anda
Bersyukurlah
Ia akan melengkapi hidup anda.


I love my best friend
Dunia akhirat
Sayang kamu kerana Allah SWT

Sekian.
Dari saya
Yang membebel tak tahu pasal
Kes tak boleh tidur.
nantikan next travel kami inshaAllah umur panjang kita jumpa lagi ya


Salam saya g dari saya .


Friday 15 January 2016

Kesabaran

💗💗Kesabaran itu bermahkota keimanan. Orang yang kehilangan kesabarannya sama dengan tidak beriman. Nabi bersabda bahwa allah tidak memberikan iman kepada orang yang bersifat pemarah 💗💗


Selamat pagi dan salam JUMAAT

Assalamualaikum dan selamat pagi semua

Ada lagi tak yang belum bangun. 
Jangan diamalkan .
Berpagi pagilah
Kerana disitulah rezeki mula mengetuk kita ...
.
.
.
.
Okey tak nak panjang_panjang.
Salam jumaat dari saya

Shaklee gua musang
Asiah
01112916437


K.A.M.I

Satu saat dimana bila kami bersama untuk mengenal antara satu sama lain 


Satu saat juga kita tahu apa itu kawan 

Satu saat juga kita akan tahu erti kawan 

Kawan kekadang sangat diperlukan 
Semoga kami berSAHABAT selamanya

Terima kasih kerana sudi memilih aku untuk jadi SAHABAT kalian 

Yang baik datang dari Allah SWT 
Dan yang buruk dari diri aku sendiri 

Terima kasih yang tidak terhingga 
Aku akan ingat semua selagi aku tidak lupa ingatan 


Tuesday 12 January 2016

K.I.T.A

R E N U N G A N
(sebahagian dari kasih ALLAH kpd umat Muhammad)

Umur kita terlalu singkat
.. hingga ALLAH kurniakan  lailatul qadar untuk menambah umur amal.

Umur kita terlalu singkat
.. ALLAH pinta bersilatulrahim untuk memanjangkannya.

Umur kita terlalu singkat
.. ALLAH kurnia puasa enam syawal spt berpuasa setahun.

Umur kita terlalu singkat
.. ALLAH kurnia surah Al Ikhlas spt membaca sepertiga Al-Quran.

Umur kita terlalu singkat
.. ALLAH kurnia solat diMasjidil Haram spt solat 100 ribu lebih di masjid lain.

Umur kita terlalu singkat
.. ALLAH kurnia solat berjemaah 27x lebih dr solat sendirian.

Umur kita terlalu singkat
.. ALLAH kurnia solat sunat dirumah 25x lebih dr solat dimata orang

Hidup ini terlalu singkat
.. ALLAH kurnia satu huruf bacaan Al-Quran dgn 10 pahala.

Hidup ini terlalu singkat
.. ALLAH kurniakan sesiapa yg beramal soleh/bersedekah, meninggalkan ilmu bermanafaat dan tinggalkan anak yg soleh, pahala mengalir kealam kuburnya.

HIDUP INI TERLALU SINGKAT.. JANGAN SIA-SIAKAN.
😊🌏


Thursday 7 January 2016

SAHABAT

Assalamualaikum..

Dan selamat malam buat semua SAHABAT saya..

Dah lama rasa dan bersarang dah blog saya.
Mungkin sibuk dengan aktiviti seharian

Dan saya akan mula aktifkan blog ini kembali.
Cuma masa yang akan tentukan


Inshaallah
Ada masa kita jumpa lagi ya..
Selamat malam

Salam sayang semua 💕💕


Rindu...

Sesekali terhidu bau seaakan aku rindu dengan bau itu ... Aku cuba untuk dekati namun ia hilang.. Bau itu ialah bau badan arwah mek (ibu) ak...