Tuesday 26 January 2016

~kita akan terus berada disini lirik

Lirik nasyid "Saufa Nabqa Huna" (Kita akan terus berada di sini) yang indah:

"Kita akan terus berada di sini
Hingga hilang penderitaan
Kita akan terus hidup di sini
Hingga muncul irama indah kehidupan
Negeri ku….negeri ku… negeri ku yang hebat
Negeri ku …negeri ku…negeri ku adalah aku
Biar pun wujud konspirasi & permusuhan
Kita terus berjuang menyebar kebaikan
Dan terus membangkitkan semangat juang
Untuk menuju ketinggian & meraih kemuliaan
Kita semua mesti bangkit …
Dengan ubat & pena
Kita semua prihatin pada mereka yang menderita
Justeru kita meneruskan perjalanan
menuju tujuan yang lebih besar
Sehingga kita benar-benar
menjadi ummat terbaik di dunia
Kita akan terus berada di sini
Hingga hilang penderitaan
Kita akan terus hidup di sini
Hingga muncul irama indah kehidupan
Berapa lama kita selalu berjaga malam
Tanpa tidur sampai pagi
Berapa banyak rintangan telah kita hadapi
Dan berapa banyak lembaran telah kita hafal
Berapa banyak lembah telah kita seberangi
Dan betapa banyak peluh yang bercucuran
Demi memburu kemuliaan & mencari ketinggian
Kita habiskan waktu yang sangat panjang
menuntut ilmu pelbagai bangsa
Kita korbankan semua yang berharga
agar dapat mewujudkan cita-cita
Bila rasa jemu datang kita tidak pedulikan
Dan terus berjalan mewujudkan harapan
Untuk mencapai puncak gunung memang mahal harganya
Kita akan terus berada di sini
Hingga hilang penderitaan
Kita akan terus hidup di sini
Hingga muncul irama indah kehidupan
Kemuliaan mu wahai ibu bapa ku telah mengajar ku erti kehidupan
Semua masalah yang dihadapi, telah meninggalkan rasa prihatin
Sesungguhnya setiap apa yang telah kami perolehi, ia adalah daripada mereka yang mulia
Ibu bapa ku yang telah membantu ku dengan sebaik-baiknya ketika aku menghadapi ujian
Kamulah yang mana mempunyai syurga di bawah tapak kaki
Setiap pertuturan lidahku, setiap terima kasih telah digadaikan
Kumpullah kesemua maksud daripada perkataan Arab & bangsa lain tidak akan berhenti ucapan terima kasih pada mu, dan tidak boleh diingkari
Kita akan terus berada di sini
Hingga hilang penderitaan
Kita akan terus hidup di sini
Hingga muncul irama indah kehidupan
Inilah kegembiraan keluarga ku
Tidak sama tidak boleh dikira
Ketika melihat keadaan ini (syahid)
Mereka tersenyum, mereka kegembiraan
Kegembiraan ku & jeritan ku
Seolah-olah yang pekak juga boleh mendengar
Wahai bintang-bintang langit
Wahai angin yang sepoi sepoi
Wahai awan-awan harapan
Wahai merpati Masjidil Haram
Wahai petir-petir musim dingin
Wahai seluruh manusia bersaksilah pada hari ini bahawa aku bersumpah setia
Kita akan terus berada di sini
Hingga hilang penderitaan
Kita akan terus hidup di sini
Hingga muncul irama indah kehidupan"


No comments:

Post a Comment

Rindu...

Sesekali terhidu bau seaakan aku rindu dengan bau itu ... Aku cuba untuk dekati namun ia hilang.. Bau itu ialah bau badan arwah mek (ibu) ak...