Thursday 31 March 2016

Nota

🕋👳salam zuhur sahabat

27 TANDA-TANDA ANDA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA:

1. Anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.

2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an lantaran Anda terlalu sibuk.

3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.

4. Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram.

5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besuk, nanti dan seterusnya.”

6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.

7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah

8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.

9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.

10. Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.

11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.

12. Anda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.

13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya

14. Anda memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak bisa mengingatkan Anda kepada Allah.

15. Anda menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.

16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya

17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.

19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berfoya-foya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.

20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.

21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya

22. Anda sangat perhatian dengan penampilan fisik Anda.

23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.

24. Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Anda sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.

25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar bisa segera melanjutkan pekerjaan.

26. Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini bisa jadi hari terakhir Anda hidup di dunia.

27. Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.

- Semoga Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita termasuk golongan hamba-hamba Nya yang soleh..

Aamiin


Monday 28 March 2016

Diam

Diam ...

Istilah diam penuh dengan tanda tanya
Kerana aku tak mampu untuk diam apabila masalah mula menghantui diri aku. 

Tapi mulai hari ni
Aku terpaksa belajar untuk diam
Dan belajar terima setiap yang berlaku mungkin ada hikmah disetiap apa yang terjadi ...


Mencari sinar baru 🌸🌸
Asiah _ Cyah
#shakleeguamusang


Sunday 27 March 2016

Promo esp shaklee

Antara KELEBIHAN ESP yg uolls perlu tahu..
.
❤KULIT CANTIK - pengambilan ESP secara kerap dpt jadikan kulit lebih sihat, cerah semulajadi, halus, lembap & anjal.
.
❤RAMBUT & KUKU - serbuk protien ESP mampu jadikan rambut & kuku lebih sihat, kuat & cantik
.
❤PUDARKAN PARUT - memudarkan parut² hitam, parut jerawat, stretch mark & jeragat
.
❤BERTENAGA - sesuai utk wanita & lelaki bekerjaya yg sentiasa sibuk dan perlukan tenaga extra. .
❤TAHAN LAPAR / MENGENYANGKAN - proses diet lebih mudah sbb ESP mampu kawal Selera makan uolls dan sesuai utk uolls yg nk berpuasa atau x sempat nk lunch / dinner
.
❤MILKBOOSTER - membantu ibu² berikan susu ibu secara exclusive kpd bayi ini kerana ESP membantu banyakkan susu (susu lebih pekat, padat & berkualiti)
.
❤SEMBUHKAN LUKA - dpt sembuhkan luka dgn cepat dan pudarkan kesan parut (sesuai utk mereka yg terlibat kemalangan & ibu lepas bersalin)
.
Banyak lagi manfaat ESP!! Rugi x cuba & amalkan... Kesannya utk jangka masa panjang

💄01112916437


Thursday 10 March 2016

Rumah Mak Ayah ~Rumah Anak-Anak

Juruhebah rancangan Sembang Sinar, Abby Fana memetik kata-kata seorang ustaz mengenai "Rumah Mak Ayah, Rumah Anak-Anak".

Tersentuh hati saya dan menitis air mata saya apabila Abby Fana membaca petikan ini:

"Rumah mak ayah biasanya adalah rumah anak juga. Mereka bebas makan, berkemas dan buat apa saja tanpa adanya halangan dair mak ayah. Tetapi rumah anak belum tentu boleh menjadi rumah mak dan ayah sebab mereka akan rasa tidak selesa nak buat rumah anak seperti rumah mereka sendiri.

"Kadang-kadang bila mereka mahu makan sesuatu di peti sejuk di rumah anak pun mereka akan meminta kebenaran anak dulu. Nak ubah dan kemas itu ini pun kena minta persetujuan anak sebab ada anak yang tidak suka mak ayah buat rumah mereka seperti rumah sendiri.

"Tetapi mak ayah tidak pernah kisah dengan anak-anak nak buat apa pun di rumah mereka. Ini kerana bagi mak dan ayah, rumah itu adalah rumah mereka bersama. Rumah yang mak ayah tanam dan tabur kasih sayang antara mereka."

Saya setuju dengan kata-kata ustaz ini, Memang ada anak-anak yang sangat cerewet dengan mak ayah sendiri. Ada yang cakap,

"Kalau rumah mak dan ayah sendiri, bolehlah buat macam itu. Ini rumah saya dan biar saya yang uruskan. Mak dan ayah jangan masuk campur," kata-kata seperti ini lebih memedihkan hati mak dan ayah sebab mnereka tidak pernah berkira dengan kita walaupun terpaksa berkorban wang ringgit, harta benda dan tenaga.

Tetapi memang ada anak-anak yang sangat berkira dengan ibu bapa mereka. Mereka terlupa bahawa hidup ini satu putaran.

Saya teringat pada arwah mak yang pernah tinggal bersama saya. Dia tidak akan buat apa-apa keputusan tanpa bertanya kepada saya walaupun nak memasak, ubah kedudukan perabot di bilik yang dia tinggal. Dia mesti akan meminta kebenaran saya sebab bimbang saya tidak suka.

Tetapi saya beritahu arwah mak, "Rumah Atie ini rumah mak juga. Mak  buatlah apa yang mak suka,".

Alhamdulillah, dia selesa tinggal bersama saya sehingga dia menutup mata di pangkuang saya lima tahun yang lalu.

Semoga anak-anak yang masih ada mak dan ayah, hargailah mereka. Janganlah terlalu cerewet dengan mak ayah sendiri. Begitu juga dengan menantu, jangan banyak berkira dengan mertua kerana mereka juga adalah mak dan ayah kita. Jika hari ini kita cerewet dengan mak ayah, nanti bila kita sudah tua, anak kita pula yang datang buat perkara yang sama pada kita. Hariyati Ariffin | PIXEL MEDIA


Rindu...

Sesekali terhidu bau seaakan aku rindu dengan bau itu ... Aku cuba untuk dekati namun ia hilang.. Bau itu ialah bau badan arwah mek (ibu) ak...