Da'i Farhan bkongsi ilmu...
○ 3 Panggilan yang perlu disambut sepanjang hidup:
- Panggilan Azan
- Panggilan Haji
- Panggilan Ajal
○ Pandai macam mana pun kita dalam ilmu pengetahuan matematik, kita masih tidak dapat mengira jumlah dosa dan pahala.
○ Salah satu hati hendak khusyuk dalam Islam, Apabila dengar azan hatinya berbisik "Allah tengah panggil aku".
○ Salah satu cara hendak khusyuk dalam solat, haruslah khusyuk dahulu wuduknya.
○ Bila dilahirkan, kita diazankan tanpa solat. Bila dimatikan, kita disolatkan tanpa azan.
○ Bila hidup tak datang masjid, dah mati baru nak datang. Datang pun baring depan Imam.
○ Kalimah masjid disebut sebanyak 27 kali di dalam Al Quran. Dan sebanyak 15 daripada itu dikhususkan dengan menyebut nama masjidnya.
○ Rukun wuduk ada 6, 2 kering dan 4 basah. Yang kering adalah Niat dan Tertib. Yang basah pula adalah muka, tangan, rambut dan kaki.
○ Bila kita nak telefon, tertinggal 1 digit agak mustahil untuk kita membuat panggilan. Begitu juga dengan solat, bila kita tertinggal 1 fardhu, akan terputus panggilan kita dengan Allah swt.
○ Solat itu macam kita online kat Facebook. Kita boleh luahkan rasa sedih dan doa.
○ Nak tahu keputusan bola sepak, kita mestilah tengok pada minit ke 90, bukannya minit pertama. Begitu juga dengan kebaikan hidup seseorang. Kita haruslah tengok minit2 terakhirnya dan bukannya tengok minit2 permulaan dan pertengahannya.
○ ingin terang, lapang & berteman di dalam kubur... berdampinglah dengan Al-Quran.
Waallahualam. Tolong sebar2kan untuk motivasi diri.
InshaAllah. Alhamdulilah
Thursday 22 October 2015
Da'i Farhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rindu...
Sesekali terhidu bau seaakan aku rindu dengan bau itu ... Aku cuba untuk dekati namun ia hilang.. Bau itu ialah bau badan arwah mek (ibu) ak...
-
Setiap orang pasti ingin kan yang terbaik terindah dan memiliki sebuah keluarga yang cukup sempurna di mata semua .. Tetapi siapa kita ...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua Ada lagi tak yang belum bangun. Jangan diamalkan . Berpagi pagilah Kerana disitulah rezeki mula ...
No comments:
Post a Comment