Thursday 4 October 2018

Tip Kulit Cantik Tanpa Bersolek

KULIT CANTIK TANPA BERSOLEK ..
.

Kulit cantik menjadi keinginan semua
Mahupun perempuan atau lelaki
Tapi untuk kekal cantik haruslah sabar dan konsisten dalam melakukan sesuatu ..

 Antara tip tip yang perlu anda buat .

1. Cuci Muka 2 Kali Sehari

Cuci wajah dua kali sehari, pagi dan malam adalah waktu yang paling sesuai. Pastikan sebelum tidur wajah bersih daripada sebarang kotoran. Gunakan pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit. Namun jangan pula mencuci wajah secara berlebihan kerana perbuatan ini menyebabkan kulit menjadi kering dan hilang kelembapan semulajadi.

2. Pelembap Wajah

Selepas mencuci wajah, jangan lupa mengoles pelembap pada seluruh wajah dan leher. Pada hari siang, gunakan pelembap wajah yang mempunyai pelindung tabir suria. Ini dapat melindungi kulit sekaligus membantu kulit kekal lembap. Sapuan haruslah dilakukan secara nipis dan rata. Jika berlebihan bukan sahaja comot malah membuatkan kulit melekit.

3. Cara Kreatif Skrub Wajah

Bagi yang mempunyai kulit normal dan tidak berdepan masalah seperti jerawat, anda boleh menggunakan skrub yang dijual di pasaran untuk menyental kulit secara lembut. Skrub dapat membantu membuang sel kulit mati. Namun untuk golongan yang mempunyai kulit sensitif, ini caranya.

Rendamkan tuala kecil dalam air suam, kemudian lap wajah secara perlahan-lahan. Kaedah ini membuang sel kulit mati dan membantu menjadikan kulit halus. Lakukan dua kali seminggu, kulit anda akan kembali menawan.

4. Penyegar Bebas Alkohol

Selepas bersihkan wajah, sebaik-baiknya gunakan penyegar. Penyegar ini dikatakan dapat kembalikan kelembapan kulit. Pilih penyegar bebas alkohol, ia lebih mesra dan merawat kulit dengan lembut tanpa mengeringkan kulit. Penyegar juga dapat membantu mengawal minyak pada wajah dan mengecilkan pori-pori. Justeru, jangan culas menggunakan penyegar jika mahu miliki kulit yang cantik.

5. Bersihkan Solekan

Jangan sesekali tidur dengan wajah yang bermekap. Bersihkan solekan pada wajah menggunakan penanggal mekap. Pilih jenis penanggal solekan yang sesuai dengan jenis kulit. Sisa solekan boleh menyebabkan liang roma tersumbat dan mengundang masalah kulit seperti jerawat. Untuk bahagian mata, gunakan penanggal solekan khas. Ini kerana bahagian ini sangat sensitif dan kulit di sekitar mata begitu halus.

6. Hentikan Tabiat Memicit Jerawat

Terlalu kerap menyentuh muka juga menyebabkan bakteria berjangkit. Terutama untuk golongan yang mempunyai masalah jerawat. Jangan gatal tangan memicit jerawat, ini bukan sahaja menyebabkan semakin teruk malah meninggalkan parut pada wajah. Elakkan juga perbuatan menggaru wajah


No comments:

Post a Comment

Rindu...

Sesekali terhidu bau seaakan aku rindu dengan bau itu ... Aku cuba untuk dekati namun ia hilang.. Bau itu ialah bau badan arwah mek (ibu) ak...