Thursday 25 October 2018

Kelebihan Jagung





JAGUNG manis jagung manis .
Sapa suka makan jagung boleh baca ni
Kelebihan jagung yang ramai tak tahu.


KELEBIHAN JAGUNG

👉Jagung dapat membantu mengatasi masalah penghadaman termasuklah sembelit, kanser usus dan membantu mengurangkan risiko terkena kanser usus sebab jagung sangat kaya dengan sumber fiber yang mana secawan jagung membekalkan sehingga 18% keperluan fiber terhadap perut kita.

👉Jagung membekalkan Asid Panthothenic iaitu sumber vitamin untuk membantu memetabolismakan karbohidrat, protein dan jugak lemak. 

👉Jagung juga kaya dengan sumber vitamin B, iaitu Thiamin dan Niacin. Thiamin sangat penting untuk membantu mengekalkan kesihatan saraf manakala Niacin membantu mengatasi masalah kekurangan zat kepada badan seseorang.

👉Jagung turut membantumembekalkan sebahagian besar keperluan Asid Folik kepada badan kita, yang mana kita tahu kekurangan asid folik lebih-lebih lagi kepada wanita mengandung meningkatkan risiko seseorang ibu melahirkan bayi dengan masalah 'neural tube' selain bayi turut berisiko mengalamai masalah berat badan yang berkurangan sewaktu dilahirkan dan membantu mnecegah anemia dikalangan ibu mengandung.

👉Jagung juga kaya dengan Vitamin A yang mana asas kepada kulit dan penglihatan yang lebih sihat.

👉Jagung juga membekalkan sumber Vitamin E (anti-oksidan) yang sangat penting untuk membantu mencegah pelbagai jenis kanser, melambatkan penuaan, merendahkan paras kolesterol, melindungi badan kita dari pencemaran alam sekitar dan asap rokok, melindungi dari penyakit jantung dan strok dan lain-lain.

👉Jagung juga membekalkan Fosforus yang penting untuk kesihatan tulang dan buah pinggang. Magnesium pada jagung pula membantu mengekalkan kesihatan jantung dan menguatkan tulang.

👉Jagung mempunyai 'Phenolic Phytochemicalsyang berfungsi untuk merendahkan paras gula dalam darah dan sangat membantu dalam mengatasi tekanan darah tinggi..


No comments:

Post a Comment

Rindu...

Sesekali terhidu bau seaakan aku rindu dengan bau itu ... Aku cuba untuk dekati namun ia hilang.. Bau itu ialah bau badan arwah mek (ibu) ak...