Monday 17 October 2016

Sharing prof muhaya

Prof Muhaya kata,

"Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami.. sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga."

Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata2 sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin.

Nampak remeh hal ni.. tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT. Ranjau rumahtangga amatlah hebat, tapi mudah2an dapat dilalui dengan petunjuk drp Allah yg Maha Hebat.

Apapun memetik kata pesan seorang Ustaz, hidup kita ni tujuannya untuk kumpul point masuk syurga. Nak buat apa2 fikir dulu, boleh tak perkara ni atau orang ni bawa kita ke syurga?

Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia... untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga?

#PERINGATAN.


No comments:

Post a Comment

Rindu...

Sesekali terhidu bau seaakan aku rindu dengan bau itu ... Aku cuba untuk dekati namun ia hilang.. Bau itu ialah bau badan arwah mek (ibu) ak...