PengenalanAPA ITU GOUT?
Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
TANDA-TANDA GOUT
Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Tuesday, 19 July 2016
Apa itu GOUT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rindu...
Sesekali terhidu bau seaakan aku rindu dengan bau itu ... Aku cuba untuk dekati namun ia hilang.. Bau itu ialah bau badan arwah mek (ibu) ak...
-
Hai korang ... Buat apa tu .. Cikyah tengah mabuk blog ni maklumlah baru pandai nak edit edit blog ni .. Masih lagi belajar sebenarnya ni...
-
Setiap orang pasti ingin kan yang terbaik terindah dan memiliki sebuah keluarga yang cukup sempurna di mata semua .. Tetapi siapa kita ...
-
MASALAH GASTRIK?? SERAM SAKIT SEMUA ADA.. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut da...
No comments:
Post a Comment