Tuesday, 26 March 2019

Siapalah KITA

'Doktor, saya bukan isteri. Tapi saya bekas isteri.'

Wajah wanita itu sayu melihat lelaki yang terlantar di atas katil ICU.
Wanita itu diceraikan pada umur 50 tahun, setelah 25 tahun bersama lelaki yang terbaring koma diatas katil.


'Saya minta maaf, boleh saya bertanya anak anak puan di mana?'
'Anak kami 2 orang doktor, tetapi anak semua dah besar. Mereka tak mahu datang melawat ayahnya'
Kenapa?
'Sejak kami bercerai anak anak menjauh hati dari ayahnya doktor.'
Dia menangis teresak esak.
'Jadi siapa waris yang ada sekarang ini?'
'Dia dah kahwin setahun lepas. Ada isteri baru. Tapi setahu saya isterinya dah lama tinggalkan bekas suami saya sejak kakinya membusuk 2 bulan lalu'
Kepala aku makin pening. Namun, masih bersabar melayankan wanita di hadapan mataku ini.

Di saat lelaki ini terdampar koma di atas katil ICU, sudah menjadi tugasku untuk mencari dan mengenalpasti siapakah waris. Segala perihal pesakit, surat menyurat, kebenaran untuk rawatan perlu dibincangkan dengan waris.
Bukan sekali aku jumpa keluarga yang berantakan di lanjut usia. Banyak.. 
Kenapa?
Kerana lupa diri.
Ramai yang berkata 'wanita diuji sewaktu suaminya susah, lelaki pula diuji sewaktu dia sudahpun senang'.

Itulah yang aku selalu lihat di depan mata.
Wanita yang diceraikan kerana suaminya gelap mata. Bila anak sudah besar, duit sudah tidak kemana. Rezeki pula makin mudah. Kerja dan syarikat syarikat semuanya sudah stabil. Perkeja ramai. Hanya rileks rileks dan kaut untung sahaja.
Masa banyak. Duit banyak.
Jadi, hati pun kembali muda.
Maka ramailah betina yang tergedik gedik ingin menjadi pendengar setia masalah keluarga.
Mula mula berbual, lepas itu bercerita hal masalah suami isteri. Kemudian perasaan itu berubah menjadi kasihan dan lama kelamaan curang itu semakin dekat.
'Jadi puan datang ke sini bagaimana? '
'Mak mentua saya yang beritahu. Dia pun tak sihat, kena stroke'
'Saya datang sebagai tanda hormat lelaki ini pernah saya hidup denganya berpuluh tahun. Sedih saya lihat keadaannya doktor.'
'Tapi saya ini bukan siapa pada dia. Hanya bekas isteri. Menjaga dia pun bukan tanggungjawab lagi. Apa lagi nak buat keputusan bagi pihak dia.'
'Baiklah puan, puan duduk dan rehatlah di sini. Tenangkan diri'

Aku tinggalkan wanita itu melayan perasaannya. Biarlah airmatanya gugur.
Keesokan harinya lelaki itu meninggal dunia.
Seorang diri, hanya kami yang mengajar kalimat suci ditelinga.
Tanpa keluarga.
Tanpa isteri... Atau lebih elok disebut bekas isteri.

Tanpa isteri muda yang sudah lari.
Tanpa anak anak yang menjauh hati.
Tanpa ibunya yang juga sakit, tidak boleh bergerak sendiri.
Hanya dia dan kami.
Kami kemas jenazah itu untuk dibawa pergi ke bilik mayat, tanpa waris yang mengiringi.
Entah siapa yang tuntut kemudiannya, saya pun tak pasti.
.
Tua sepatutnya menjadikan kita lebih dekat dengan keluarga, lebih dekat dengan Tuhan.



.
Dr Nurilyani Bujang
Air mata insaf di ICU
* imej dari google

Monday, 25 March 2019

Salam magrib

Walau apapun yang terjadi
Yang kita hadapi
Teruskan hidup kita untuk hari akan datang .
.

Di dunia ini hanya persinggahan yang penuh dengan tipu daya ..
.
Lakukan Sesuatu yang bermanfaat untuk jadi saham kita esok hari..

Salam magrib dari cikyah  ❤.

Sunday, 24 March 2019

Selamat pagi

Istighfar kunci jalan keluar dari kesempitan hidup & dukacita.

“Barang siapa memperbanyak istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka.” (HR. Abu Dawud dan Nasa’i).

Koleksi video MIRA FILZAH

Sebenarnya cikyah saja suka suka tengok mira miming lagu ..

Saja simpan sini 
Free free boleh tengok.. 




Saturday, 23 March 2019

Selamat malam

Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?

Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

Allah Timpakan Ujian Supaya Kita Bersabar..❤

Cc: aku islam

#selamatMalam

Testimoni GASTRIK DENGAN SHAKLEE

Selamat petang korang semua
Cuaca panas jangan lupa minum air masak secukupnya ya tau untun elak dehidrasi..
.
Tadi tengah scroll fb kawan shaklee bagitahu cust dia dah berpuluh tahun kena gastrik akhir nya sembuh bila minum Esp shaklee..
.
. 
M.su nah dah berpuluh-puluh tahun kena gastrik..
Makan ubat hospital sejak dari muda lg katanya..
Paling teruk, sampai kena cucuk sebab sakit yang melampau.. Smpai muntah².. Sekarang, Dah lama tak kena gastrik sejak amalkan ESP ni bulan 8 tahun lepas.. Semalam repeat order ESP utk kali ketiga...

Alhamdulillah rasa nikmat sangat bila kita dapat bantu mereka untuk lebih sihat. 

Betul ni
Kita bukan sekadar menjual vitamin
Kita juga nak sangat Orang  sihat supaya dapat lakukan aktiviti harian lebih mudah..
.
Macam mak cik ni
Bila umur meningkat rasa penat tu satu masalah bagi dia
Nak solat juga susah bila badan penat lesu aktiviti juga akan tergangu..
Tapi bila badan kita cukup vitamin
InshaAllah kita lebih bertenaga untuk buat apa yang kita inginkan..

Akhir kata
Jaga lah kesihatan untuk masa akan datang
Jangan tunggu Tua Baru kita nak jaga kesihatan..

Yang ada masalah gastrik nak cuba boleh 

hubungi cikyah di talian 0194602682

Salam sayang dari cikyah
Rakan shaklee..

Pengalaman kena gastrik

Aku dan gastrix.
.
Assalamualaikum semua..
Tengah hari ni cikyah nak share sikit pengaalam gastrik dengan SET SHAKLEE.
.
Sebelum ni
Tak pernah rasa pun sakit nya gastrik
Dua bulan lepas masih lagi ingat sakit nye, tiba tiba sesak nafas
Tangan kaki jadi sejuk dan berpeluh satu badan..
.
Dah la waktu malam
Nyaris nyaris nak pitam..
..
Lepas tu tak tahu nak buat apa
Sapu minyak satu badan
Dan minum air suam..
Dan perut macam tak selesa terus bancuh ESP..

Lepas 2 jam
Alhamdulillah rasa macam okey sikit..
Lepas tu keesokkan hari bermula la
Simptom simptom gastrik.

Perut tak selesa
Cirit birit
Sesak nafas
Angin satu badan
Silap makan badan berangin
Loya
Pening
Dan macam macam la jadi..
.
Lepas ti cikyah mula konsisten set GASTRIK SHAKLEE.. Sampai la ke hari ni.

Takut bila ingtkan balik First kena gastrik
Memang seksa
Makan pun tak selera terpkasa makan juga takut perut kosong dan asid berlebihan di perut tu yang buat tak selesa..
.
Tapi Sekarang alhamdulillah
Dah baik dari dua bulan lepas.

Nanti cikyah share apa yang cikyah makan untuk gastrik.
.
#gastrik
#setgastrikshaklee

Rindu...

Sesekali terhidu bau seaakan aku rindu dengan bau itu ... Aku cuba untuk dekati namun ia hilang.. Bau itu ialah bau badan arwah mek (ibu) ak...